| | | | |

AZWAN ALI VS ALIFF SYUKRI RM100 JUTA! SAMAN

Popular Azwan Ali, baru-baru ini mengumumkan niat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, selepas insiden menarik rambut di pentas baru-baru ini

Diva AA Berhasrat Saman Aliff Syukri Sebanyak RM100 Juta

Azwan Ali, yang mesra disapa sebagai Diva AA, baru-baru ini mendedahkan niatnya untuk mengambil tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta daripada Aliff Syukri.

Dah pun tular ya berita mengenai saya akan saman malu Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta, no joke. Lantak koranglah kalau ingat berlakon ke apa ke kan? Saya tetap akan saman sebab dah viral video dia tarik rambut saya.

Photo by : Google Image

Dalam satu video yang dikongsi melalui aplikasi X, Diva AA menganggap tindakan Aliff sebagai sangat memalukan, terutama kerana kejadian tersebut berlaku di hadapan khalayak ramai. Pengacara berusia 57 tahun itu tampaknya terharu sehingga menitiskan air mata apabila mengimbau kembali insiden tersebut.

Dia tarik tu all out ya dan memang sakit sewaktu pementasan di Singapura. Saya akan dakwa di mahkamah sebab dia buat tu macam nak balas dendam. Dia bagi alasan ni rambut palsu. Rambut palsu ke apa ke kau buta ke? Mustahil tak nampak rambut ni original. Dia tarik tu memang sakit, siap seret saya lagi. Nampak sangat macam ada penganiayaan.

Sebelum ini, Aliff Syukri telah menerima kritikan hebat selepas beliau menarik rambut dan mengheret Diva AA semasa program di Singapura. Kejadian tersebut mencetuskan kontroversi dan sekarang menjadi tumpuan utama tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh Diva AA

Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari OHBULAN. Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal.

Similar Posts