Konsert “MENEMANIKU” NOAH: cipta nostalgia di Kuala Lumpur
11 November 2023, peminat muzik berkumpul di Mega Star Arena, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, untuk menikmati konsert “MENEMANIKU” NOAH, yang sebelum ini sangat terkenal sebagai Peterpan. Malam yang penuh dengan kegembiraan itu menyaksikan Ariel, Volkalist NOAH kongsikan bahawa ini adalah persembahan terakhir mereka di Kuala Lumpur dan mereka akan berehat untuk jangka masa yang lama.

Sumber Gambar : okecelebrity.
Konsert bermula dengan meriahnya apabila NOAH naik pentas, memainkan banyak lagu lama yang popular. Ariel dapat menghiburkan penonton, menjadikan malam itu pengalaman yang susah untuk dilupakan untuk semua yang hadir.
Menambah kejutan pada malam itu, Joe Flizzoe, legenda rap Malaysia, turut tampil sebagai artis jemputan mempersembahkan satu lagu bersama NOAH, Kumpulan tersebut membawakan lagu-lagu yang mengimbau kenangan lama, menciptakan satu suasana yang ‘happening’ di kalangan peminat.
Sebaik sahaja lagu terakhir Ku Katakan Dengan Indah bergema. peminat terus menjerit dan sama sama menyanyikan lagu tersebut. Persembahan NOAH merupakan perhimpunan melodi yang tak dilupakan, merayakan perjalanan mereka dengan penuh nostalgia dan janji untuk kembali. Malam itu adalah kisah kehebatan muzik secara langsung, menyatukan orang dalam kenangan lagu-lagu mereka yang terus menyentuh hati.
Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari okecelebrity. Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal.
Video :