satay pasangan sabah di Australia habis dijual dalam masa 3 jam setiap hari! apa yang special?
Perth, Australia – Pasangan Melayu yang berasal dari Sabah, Negeri di bawah bayu; Zul dan isterinya telah memukau penduduk sekitar dengan perniagaan food truck mereka yang menjual makanan Melayu diberi nama ‘Satay Bro.’ Cinta mereka terhadap satay telah
menjadikan hidangan terkenal di kalangan orang Melayu ini terbang hingga ke Austraulia membuatkan pelanggan
beratur setiap hari.

Sumber Gambar : VOCKET.
Zul menggunakan daging kurang berlemak, dan menggunakan resepi rahsia mereka tersendiri yang memberikan sentuhan moden pada
satay mereka terkenal.
Satay Bro mendapat penilaian10/10 daripada “Food Reviewer International” Papa Nash, Memberikan review sebagai yang “terbaik dan paling sedap” yang pernah dia makan.
Ulasan TikTok Papa Nash memperkenalkan Satay Bro ke dunia, menunjukkan kecekapan Zul dalam
memasak dan isterinya yang mahir menyediakan ayam goreng berempah. Walaupun baru tiga bulan
beroperasi, gerai ini telah menjadi sensasi dengan barisan panjang setiap hari.
Menu Satay Bro tidak hanya menawarkan satay yang lazat, tetapi juga hidangan klasik Malaysia
seperti mee goreng dan nasi kuning ayam panggang. Dengan harga yang berpatutan, setiap lidi satay
boleh didapati dengan harga AUD2 (RM6.01) atau set seharga AUD12 (RM36.04), menjadikannya
pilihan yang tidak dapat ditolak di Perth.
Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari VOCKET. Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal.
Video :