| | | | |

Coldplay Belum nyanyi, Tapi Kawasan Stadium Dah banjir Dengan Sampah? 

Source : NewStraightTime

Untuk pertama kalinya, konsert kumpulan rock Britain, Coldplay, telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil, semalam, pada 22 November 2023. 

Sumber Gambar : Tait Tower.

Ini merupakan konsert pertama mereka di Malaysia sejak mula beraksi pada tahun 1997. 

Di media sosial, penonton sudah beratur sejak awal pagi di luar stadium. Banyak yang sanggup berhujan untuk menonton Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur secara langsung, mewujudkan impian mereka. 

Namun, tersebar juga video yang kurang menyenangkan di mana kawasan luar stadium dipenuhi dengan sampah makanan yang dibuang oleh beberapa pengunjung yang tidak bertanggungjawab. 

Timbunan sampah di sepanjang lorong para penonton ini menyebabkan warganet merasa malu kerana diketahui Coldplay telah menaja pembersihan sampah Interceptor di Malaysia. Tetapi, pengunjung konsert tersebut masih membuang sampah tanpa berbuat apa-apa.  

Video from X :

Similar Posts