Netizen ‘Makan Hati’ Tengok Ezzrin Loy Ucap ‘Selamat Hari Jadi’ Buat Sharifah Rose, Siap Buat Video – ‘Crush Kita Dah Bahagia’
Source : OhBulan

Baru-baru ini, ramai yang bercakap mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa pelakon Ezzrin Loy mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita Sharifah Rose selepas video mereka bersama menjadi tular.
Yang terbaru, Ezzrin telah memuat naik satu video bersama Rose di akaun TikToknya.
Melalui hantaran di TikTok, Ezzrin Loy atau nama sebenarnya Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabr, memuat naik video tersebut sempena ulang tahun ke-25 Rose.
Pelakon berusia 26 tahun itu meninggalkan ucapan ‘Selamat Hari Jadi’ kepada Rose dengan emoji bunga mawar dalam kapsyen.
Bolehkah saya panggil awak rose? Selamat hari jadi kepada orang istimewa ini yang memiliki jiwa yang paling manis.
Rose kelihatan memuat naik semula (repost) video tersebut.
Apabila melihat komen-komen, kebanyakan peminat wanita nampak kecewa kerana pelakon kegemaran mereka kelihatan mempunyai teman istimewa.
Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari OhBulan Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal.