| | | |

JPJ Tahan Ambulans Kerana Tak Bayar Cukai Jalan Selama 13 Tahun!  

Source : Harian Metro

Ambulans milik agensi penyelamat kecemasan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tak bayar cukai jalan selama 13 tahun. 

Source : Harian Metro

Ambulans yang tak ada perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) itu ditahan semasa sedang menjalankan tugas rondaan oleh Unit FALCON Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Negeri Perak di Jalan Tun Abd Razak, Ipoh pada Selasa. 

Semakan menggunakan Smart Enforcement Device (SmED) menunjukkan perlindungan insurans dan LKM atau cukai jalan ambulans tersebut dah tamat sejak 5 Mac 2010. 

Ketika penahanan, terdapat seorang pesakit di dalam ambulans yang hendak dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. 

Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan notis JPJ(P) 22 dikeluarkan atas dua kesalahan tersebut. 

Anggota JPJ memerintahkan pemandu ambulans untuk menghantar pesakit ke hospital terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan itu ke ibu pejabat JPJ Negeri Perak untuk pemeriksaan lanjut. 

Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari Harian Metro Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal

Similar Posts