· · ·

“Kenapa budak ni?” – Seseorang Tegur Penceramah yang Selit ‘Pickup Line’ Dalam Ceramah di Sekolah

Source :LobakMerah

Dulu zaman sekolah, ingat lagi tak ceramah-ceramah yang diadakan? Macam-macam aktiviti penceramah buat, tapi yang paling tak boleh lupa ialah aktiviti bayangkan kalau pulang ke rumah, nampak kasut banyak depan pintu. Mesti ramai yang nangis-nangis masa tu, kan?

“Ni budaya baru ke?” Baru-baru ni, ada video viral tentang satu aktiviti dalam sesi ceramah di sebuah sekolah yang kena tegur keras oleh seorang netizen.

Dalam video tu, ada budak sekolah bagi ‘pickup line’ kat ustazah, cakap beza ustazah dengan kad pengenalan. Dia kata, “IC saya letak di dompet. Ustazah terletak di hati saya.” Sambil lompat-lompat gembira.

Dalam komen video tu, ada orang nama Aliff Ahmad tegur yang budaya baru ni tak sesuai untuk pelajar muda. Dia cakap, “Aku zaman 80-an, zaman rotan dan psikologi motivasi. Ada yang tak kena dengan video ni. Budaya baru ke? Gaya baru dalam penceramahan dan motivasi kat sekolah sekarang?”

Dia rasa macam pelik sebab tengok gelagat budak tu yang dikatakan ‘menggedik’ masa bagi pickup line. Dia kata, tak ada matlamat baik pun yang dapat diambil dari aktiviti macam tu.

Komen dia tu dapat sokongan dari netizen lain yang rasa zaman sekarang pelajar dah kurang hormat guru di sekolah. Macam-macam la zaman sekarang ni.

Source :LobakMerah