| | | | | |

Zainal Abidin Kongsi Kisah Berebut Lagu dengan Celine Dion

Sumber: TikTok | bng.amir

Zainal Abidin Kongsi Kisah Berebut Lagu dengan Celine Dion

Pasti semua orang tahu lagu Puteri yang dinyanyikan oleh Datuk Zainal Abidin, memang popular gila. Tapi, ada cerita kelakar yang tak ramai tahu di sebalik lagu tu.

Baru-baru ni, penyanyi berusia 64 tahun tu cerita yang lagu Puteri yang dia rakam tahun 2004 pernah jadi rebutan penyanyi antarabangsa hebat, Celine Dion.

Dalam satu temu bual, Zainal bagitau yang lagu tu menarik perhatian Celine, tapi pihak Warner Music Malaysia dah cepat-cepat bayar dulu untuk dapatkan hak lagu tu.

“Lagu ni sebenarnya dah dibeli dan ditempah, tapi Celine Dion belum bayar lagi. Lagu ni dalam Bahasa Inggeris dinamakan ‘Heart Don’t Lie’.

“Lagu ni dah ada dalam simpanan diorang, jadi saya dengan pihak Warner Music Malaysia bayar la lagu tu dan jadikan lagu Puteri yang saya nyanyikan,” kata Zainal.

Zainal bagitau lagi, lepas dia rakam lagu tu, Celine hubungi dia, ada la gaduh kecil tapi settle dengan baik.

“Bila saya dah rakam lagu ni, Celine marah. Dia call saya dari Kanada terus cakap dia nak ambil balik lagu tu. Gaduh kecil la berlaku. Saya cakap, ‘ni bukan lagu awak lagi, lagu ni dah dibayar, jadi hak Warner Music Malaysia’.

“Jadi, takde la masalah dah dengan Celine Dion. Kita jadi kawan, kadang-kadang hantar mesej tanya khabar lah antara satu sama lain,” cerita dia.

Tapi Zainal nak bagitau, lagu tu memang takleh lawan dalam negara sebab pencipta asal lagu tu bukan dari Malaysia.

“Lirik saya dah lupa sapa yang terjemah, tapi lagu ni tak boleh pertandingkan sebab penulis lagu ni bukan rakyat Malaysia.

“Tapi bagi saya, lagu ni memang ada daya tarikan tersendiri, dari segi melodi dan lirik yang segar, memang sesuai betul dengan selera pasaran Malaysia,” tambah Zainal sambil ketawa.

Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari  TikTok | bng.amir Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal

Video :

Similar Posts