| | | | | |

Isteri Bebel Maut Soal Suami Lepak Kedai Makan tak nak ajak, kat mana salah dia?

Sumber: Tiktok Nurulatikahyusoff7

Baru-baru ini, viral sebuah video yang pasti membuatkan ramai ketawa.Seorang isteri berani memuat naik video di media sosial, dan dalam video tu, dia membebel memarahi suaminya!

Si isteri dengan lantang memarahi suaminya. Dia membebel tanpa henti, dan kalau dia cakap lebih kuat lagi, mungkin kedengaran sampai ke Jepun!

Dalam video tu, dia banyak kali sebut pasal suaminya selalu elak nak ajak dia lepak. Dia tak habis-habis mengadu, “pasaipa suami aku ni, nak lepak tak mau bini sekali?!” Memang kena sound, suami dia tu

Yang paling kelakar, dia bagitahu juga yang dia pun dia reti bancuh air macam kat kedai makan! Dengan nada ‘dialek utara’ dia kata, “Aku ni pun reti aih takat bancuh ayaq macam dekat kedai tu”

Lepastu, dia geram gila sebab suaminya ni macam takde kerja lain selain melepak. Dia cakap, “Duduk ja kat kedai makan, order ayaq secawan hang tengok aku, aku tengok hang tengok cawan sampai lewat”.

Si isteri ni pun bingung dah mati akal katanya ckenapa suaminya lebih suka lepak kedai makan dari lepak rumah. Maybe kedai makan tu ada wifi la, siapa tahu?

Video ni tular sebab ramai yang terhibur dengan ‘bebelan’ si isteri yang mungki dah habis limit sabar dia dah. Sampai ada yang cakap, “Suami dia ni memang kena hijaukan telinga biar tak dengar bebelan kuat macam tu!”

Jadi, apa pendapat korang? Patut ke bini membebel atau suami kena bawak je sekali baru dia diam peace and quiet kot, siapa tahu kan

Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari  Tiktok Nurulatikahyusoff7 Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal

Video :

Similar Posts