Pengotor! pelancong China Wanita buat Onar ‘Melabur’ di luar homestay
Sumber: OHMYMEDIA
Sebuah video yang menjadi viral di media sosial kini menimbulkan kecaman ramai, memperlihatkan seorang wanita yang dipercayai sebagai pelancong China dengan tiada rasa malu ‘memerut’ di luar sebuah homestay di Cameron Highlands.
Pelancong tanpa rasa malu ‘melabur’. Buka seluar, cangkung, dan buang air besar. Individu tersebut dengan tiba-tiba membuka seluarnya sebelum ‘melepaskan hajat,’ menunjukkan ketiadaan perasaan malu ketika meninggalkan najisnya di situ dan beredar pergi.
Rakan yang mengikut wanita tersebut bertindak membuka selendang yang dibawa untuk menutupi bahagian belakang temannya sebelum kedua-dua mereka beredar.
Tindakan tanpa rasa malu!
Dalam video yang dikongsi oleh akaun X anthraxxx781, dua wanita kelihatan berjalan berhampiran sebuah homestay di Kea Farm sebelum mencangkung dan membuang air besar di tengah laluan.
CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang wanita dipercayai pelancong dari China yang membuang air besar di pekarangan sebuah ‘homestay’ di Kea Farm di sini baru-baru ini mengundang kemarahan penduduk tempatan. pic.twitter.com/0NVBQcZ7KV
— @ (@anthraxxx781) January 2, 2024
Pelancong China dipercayai tanpa rasa malu ‘melabur’ terekam di CCTV Perbuatan menjijikkan ini, dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), telah menjadi viral di media sosial, membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap kelakuan tidak higienis pelancong China yang dikatakan.
Banyak yang hairan dengan tindakan mereka, mempersoalkan mengapa dengan mudahnya mereka membuka seluar di kawasan awam untuk buang air besar sedangkan tandas di homestay tersedia untuk digunakan.