| | |

[VIDEO] Staf stesen minyak selamba tolong wanita Warga Thailand isi minyak RON95 di Rawang

Sumber: MAJORITI

Video memaparkan seorang wanita dipercayai warga Thailand yang mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di Rawang baru-baru ini.

Tindakan warga asing melanggar peraturan di Malaysia semakin berleluasa, seperti yang terlihat dalam video seorang wanita Thailand yang dengan mudah mengisi minyak di stesen minyak Rawang, Selangor. Kejadian ini menjadi perhatian kerana penggunaan minyak subsidi yang diperbolehkan oleh pihak stesen minyak itu sendiri.

Sumber Video: MALAYSIAVIRALLL

Lebih mengecewakan, kakitangan syarikat disyaki membantu wanita tersebut mengisi minyak keretanya. Pemilik video, menggunakan akaun Twitter @MALAYSIAVIRALLL, menyuarakan kehairanan terhadap kejadian ini, “Dahlah curi minyak subsidi rakyat Malaysia, tapi yang tak faham kenapa pekerja siap datang tolong penuhkan minyak kereta itu lagi.”

Reaksi warganet juga seragam, menyuarakan kekecewaan terhadap perilaku wanita tersebut. @BeingPozMe menegaskan perlunya tindakan tegas daripada KPDN, “Harap pihak KPDN ambil tindakan. Kena tegas dalam pelaksanaan dan tindakan.”

Penting untuk diingat, RON95 tertakluk di bawah Akta Kawalan Bekalan dan sepatutnya hanya untuk kegunaan rakyat Malaysia. Hingga berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pengusaha stesen minyak atau syarikat petroleum berkaitan dengan kejadian ini.

Similar Posts