| | |

Suami Hebat Jaga Isteri Sakit Hilang Ingatan & Penglihatan Gara-Gara Otak Kena Kuman

Sumber: Seismik

Cerita seorang suami yang buat semua orang terpaku sebab dia memang jadi penyokong utama bini yang kena jangkit kuman otak ni.

Tengok laporan Harian Metro, Asdina Arffin, 32, betul-betul jadi hero dalam menjaga bini tersayang dia, Noor Syamimi Rohim, 33. Noor Syamimi ni dah tak boleh berjalan, lagi-lagi dah hilang penglihatan sejak kena kuman otak dari bulan Jun 2022.

Asdina kongsi, dulu Noor Syamimi ni memang aktif dan jarang sakit. Tapi sejak kena kuman, hidup dia terbalik habis, memerlukan bantuan Asdina untuk uruskan diri setiap hari.

“Susah hati lah bila isteri tak ingat yang kita dah berkahwin, ingat kita ni kawan je. Tapi takdelah sampai hati nak tinggal dia camtu je. Isteri dah buat dua pembedahan kepala, buang cecair yang buat dia tak boleh berjalan. Tangan masih boleh gerak, tapi keadaan kesihatan dia macam ada perubahan lah skit.

“Tapi, memang sedih lah bila dia tak ingat saya suami dia. Ingat kita kawan biasa, tu yang sedih. Tapi saya tak boleh tinggal dia, lagi-lagi dia dalam keadaan camni. Dah lah dia tak boleh berjalan, kena la saya jaga,” kata Asdina sedih.

Tapi, Asdina tetap tabah jaga isteri walaupun hati rasa sedih

Asdina cerita lagi, dia cari semangat dari mana-mana pun nak kuatkan diri jaga isteri. Sebabnya, memang sayang gila dengan isteri.

“Saya tak janji je dengan isteri nak jadi suami yang ada sentiasa. Tapi janji juga dengan keluarga dia dan Allah masa akad nikah. Jadi, kalau ada daya, saya akan jaga dia baik-baik lah.

“Ini memang ujian Allah kat kita. Siapa yang nak sakit, kan? Kalau dia dapat pilih, takkan dia nak sakit macam ni. Lagipun, kita belum ada anak lagi, tambah pulak isteri sakit. Tapi bagi saya, kahwin ni bukan main-main, bukan sebab nafsu je, tapi kita cari keredaan Allah,” katanya lagi sambil berkerut dahi.

Asdina tambah lagi, yang dia paling takut kalau dia ‘pergi’ dulu sebelum isteri yang masih belum sihat. Dia doa kalau ada apa-apa jadi kat dia, biarlah isteri sihat dulu.

“Kalau saya dah ‘pergi’, adik saya tolong jaga kalau saya tak ada. Tapi selagi saya masih boleh, saya nak jaga isteri ni. Doakanlah isteri abang ni cepat sembuh, boleh lah ingat-ingat balik cerita kita sebagai suami isteri ni,” tambahnya sambil senyum.

Video :

@asdinaarffin

Lihat semangat BIDADARI SYURGA “SYAMIMI” , kami semua akan berjuang bersama anda , anda pun HEBAT 🫡🫡🫡 #fighter #WAFT #viral #life #xybca #angel #motivasi #keepstrong #bidadarisyurga #syamimi #wife #prayforsyamimi #keajaibanuntuksyamimi #fyp #husbandwife @Shareah Mokhtar The Artist

♬ cukup kau di sampingku – ֆɨ ӄʊʀɨռ 🇹🇼

Similar Posts