| |

Maryam Yakin Suara Menenangkan Hati Selepas 5 Bulan Kelas Vokal

Sumber: TehTarikKaw

Mengejar impian untuk menjadi penyanyi, Maryam You Narae, personaliti media sosial, telah menyertai kelas vokal selama lima bulan untuk memperhalus bakatnya dalam bidang nyanyian.

Maryam, 32 tahun, berkongsi bahawa dia telah memulakan pembelajaran vokal dengan guru terkenal, Cikgu Shafi, dengan tujuan untuk betul-betul mempersiapkan diri, bukan sekadar bergantung kepada keyakinan bahawa dia memiliki suara yang baik.

“Sejak lima bulan lalu, saya belajar vokal bersama Cikgu Shafi. Saya memang minat dalam seni nyanyian… Memandangkan saya terlibat dalam industri seni, lebih mudah bagI saya untuk mendapatkan bimbingan dari para pakar. Sebelum ini, Erul juga mengajar saya teknik nyanyian,” katanya.

Maryam juga menyatakan bahawa selain mengasah bakat vokal, dia juga perlu memperbaiki sebutan Bahasa Melayu, yang dianggapnya lebih mencabar berbanding bahasa Korea.

“Menyanyi lagu Melayu sebagai orang Korea agak mencabar kerana untuk menghayati perlu melalui banyak latihan. Lagu Melayu lebih lembut, tetapi saya akan terus berlatih untuk memahaminya. Baru-baru ini, saya berhasil menyanyikan lagu ‘Bidadari Syurgaku’ sehingga suami dan anak saya, Rina, terharu,” tambahnya.

Maryam berkongsi bahawa keyakinannya untuk serius dalam bidang nyanyian semakin bertambah kerana dia sering menerima pujian selepas membuat persembahan di beberapa tempat sebelum ini.

Video :

Similar Posts