Peniaga Burger Di Bukit Bintang Jadi Kontroversi: Caj RM10 Untuk ‘Burger Biasa’!
Sumber: TehTarikKaw
Sebuah video mengenai seorang pelancong yang dikenakan bayaran RM10 untuk sebijik burger Ramly biasa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kini menjadi bualan hangat di media sosial.
Dalam rakaman yang dikongsi di Facebook Travelling Solo Logs, pelancong tersebut membuat pesanan untuk burger daging tanpa telur dan keju, dengan hasrat untuk membandingkannya dengan burger dari restoran sebelah.
Video tersebut turut memaparkan proses penyediaan burger beserta bahan-bahan yang digunakan. Namun, ketika tiba masanya untuk membayar, peniaga meminta RM10 dari pelancong tersebut – satu jumlah yang dianggap tinggi untuk sejenis burger biasa.
Kejadian ini membangkitkan kemarahan netizen yang mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk turut campur tangan, menyuarakan bahawa kadar bayaran yang ditetapkan itu tidak munasabah.
Banyak netizen menyatakan bahawa pemberian caj sebegitu tinggi kepada pelancong adalah tidak adil dan tidak bermoral.
Video :