Kak KM Belanjakan RM10,000 Untuk Jamu 10 Staf Makan Malam
Sumber: TIKTOK | kak km
Mention sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai yang tahu usahawannya suka berkongsi rezeki dengan keluarga. Tidak hanya itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini juga sangat generous, sanggup melabur puluhan ribu ringgit untuk jamu makan malam 10 orang pekerjanya.
Dalam video yang dikongsi di TikTok, Kak KM menyatakan bahawa dia tidak keberatan melabur besar untuk membuat pekerjanya gembira.
Dalam klip tersebut, pekerja-pekerja tersebut kelihatan tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Kak KM. Kak KM turut memaparkan dua keping resit yang jumlahnya apabila digabungkan bernilai RM9,648.85.
Perbuatan baik Kak KM ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang memuji sikap usahawannya serta menganggapnya sebagai majikan yang murah hati dan prihatin terhadap pekerjanya.