| |

‘Kalau Kau Kaya, Boleh Cakap Sekolah Buang Masa’ – Imran Bard

Sumber: TIKTOK | Imran Bard

Imran Bard, personaliti terkenal di TikTok, memberikan pandangan berbeza mengenai kenyataan penyanyi As’ad Motawh yang menyatakan pergi ke sekolah adalah pembaziran masa. Dalam video di TikTok, Imran menyuarakan pendapatnya dan menegaskan bahawa konsep itu hanya sesuai untuk anak-anak yang mewah yang mampu memilih untuk belajar di rumah.

“Tak ada istilah sekolah ini membuang masa pada saya. Tak ada! Pergi sekolah! Kalau kau kaya, kau boleh cakap sekolah buang masa. Sebab apa? Sebab kau boleh home school.”

“Mak bapa kau kaya, boleh bela kau. Kau boleh mewarisi harta mak bapa kau. Masa depan kau cerah.”

Imran, seorang Youtuber, menekankan kepentingan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai minimum untuk pembelajaran. Baginya, sekolah adalah asas untuk setiap individu, terutama bagi mereka yang tidak mampu.

“Kalau kau miskin, tak payah cakap sekolah membuang masa. Kau nak kerja Speedmart pun kena ada SPM. Kalau jadi manusia, SPM pun tak ada.. kau tak ada beza dengan Rohingya.”

Sebelum ini, As’ad Motawh menyatakan pendapatnya bahawa sistem pendidikan boleh diubah, namun, dia tidak menggalakkan orang untuk berhenti sekolah.

Similar Posts