Capai 10,000 Share Tak Sampai 3 Jam, RS150 Bakal Jadi Milik Derrick Gan
Sumber: SIAKAP KELI
Capai 10,000 Share Tak Sampai 3 Jam, RS150 Bakal Jadi Milik Derrick Gan
Hantaran yang dibuat telah seorang pengguna Facebook telah dikongsi sebanyak 10 ribu kali sekali gus merealisasikan impian orang ramai untuk menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada seorang penyokong Harimau Malaya tular dalam perlawanan baru-baru ini.
Awalnya, pengguna Facebook itu membuat hantaran tentang ganjaran pada jam 10.18 pagi hari ini.
Dia berniat untuk memberikan motosikal jenis Honda RS150 kepada Gan yang terlihat menangis ketika merayakan gol penyamaan skuad kebangsaan ketika melawan Korea Selatan.
Namun, dia berjanji untuk melaksanakan impian itu setelah hantaran tersebut dikongsi sebanyak 10 ribu kali.
“Dah capai 10k dalam tiga (3) jam. terima kasih semua, saya dah capai KPI saya,”
Dalam hantaran yang sama, dia juga meminta maaf kepada mereka yang tidak memahami tindakannya.
“Yang tak faham kerja saya, saya minta maaf. Saya cuma jalankan kerja,” jelasnya dalam hantaran yang dimuat naik pada 1.51 tengah hari tadi.
Dia juga menjelaskan bahawa dia masih berada di Kepulauan Borneo dan akan pulang ke Semenanjung Malaysia pada Ahad ini.Ahmad juga memberitahu bahawa dia agak sibuk dengan pekerjaannya pada hari Isnin, sehari selepas pulang ke sini. Oleh itu, penghantaran motosikal kepada Derrick Gan akan dilakukan pada Selasa, minggu depan. Dia berkata, motosikal itu akan menjadi milik Derrick sepenuhnya.
“Tuan badan nak jual balik motor ni pun tak ada masalah, dah jadi hak milik sendiri, saya tak masuk campur,” jelasnya.
Difahamkan, motosikal itu juga akan mendapat sumbangan bersama dengan pengguna Facebook yang lain iaitu Ahmad Motorworks dan Izan Pa’an.
Semalam, Derrick menjadi tular di media sosial selepas reaksi menangis beliau sewaktu menentang Korea Selatan dikongsikan oleh ramai pengguna. Bahkan, demi menyokong skuad kebangsaan, beliau sanggup menjual motosikal LC milikinya pada hujung Disember lalu untuk pergi ke Qatar.
Beliau telah mengiklankan berkenaan jualan motosikal tersebut di Facebook miliknya pada 28 Disember lalu.
Menurut Derrick, dia sanggup untuk menjual motosikalnya itu demi memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya yang sedang berentap di perlawanan besar