|

Isteri yang Durjana ‘menghilang’ meninggalkan suami yang terlantar selepas Hadapi kemalangan

Sumber: MAJORITI


Malang menimpa seorang suami apabila ditinggalkan oleh isterinya selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan beberapa bulan yang lalu.

Keadaan tersebut menjadi lebih malang apabila lelaki terbabit, Amir Haikal, dilaporkan kehilangan hampir separuh daripada wang pampasan insuransnya selepas isterinya membawa lari.

Mereka pernah merasai kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri dahulu, namun kini sisa hidup Amir hanya bergantung kepada mesin pernafasan dan kerusi roda.

Video Asal dari: TIKTOK| @abambeel

Kesedihan ini dikongsi oleh seorang lelaki yang dipercayai sebagai abang kepada Amir Haikal di laman media pada hari Khamis.

“Semasa Amir masih sihat, kami saksi bagaimana dia berusaha memberi yang terbaik kepada isterinya, memberikan segala kemewahan yang dia mahu.

“Tetapi dia hanya memikirkan wang Amir sehingga insurans dan pampasan kemalangan semuanya diambilnya tanpa tinggal sedikit pun untuk Amir.

“Susu pun dia tidak memberikan kepada Amir… maafkan saya kerana memuat naik video ini kerana saya tidak dapat menahan perasaan, saya telah bersabar terlalu lama, semoga Amir pulih sepenuhnya seperti sedia kala, amin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menerima kecaman dalam ruangan komen, kebanyakan netizen menyeru agar isteri tersebut memberikan penjelasan mengenai tuduhan tersebut.

Similar Posts