· ·

Rakaman misteri matahari terbenam di Port Dickson, objek melompat di laut jadi tanda tanya… Ramai kongsi teori waktu senja

Sumber: MStar

MENIKMATI pemandangan matahari terbenam di tepi laut merupakan satu perkara yang cukup menenangkan.

Jadi tidak mustahilah apabila ada yang sanggup datang ke pantai sejak awal petang semata-mata untuk mendapatkan peluang melihat pemandangan yang dahsyat.

Sesiapa sahaja boleh terpukau menyaksikan ibarat cinta pandang pertama, sekali gus menimbulkan rasa kagum dengan kebesaran dengan keagungan Allah swt.

Dalam keterujaan untuk merakam pemandangan indah yang menjengkelkan itu, seorang pemuda berdepan dengan perkara yang tidak disangka-sangka.

Menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial, rakaman telah terakam pergerakan entiti yang pelik dan misteri.

Kejadian dipercayai berlaku di Port Dickson.

Benda itu kelihatan seperti berenang dan melompat jauh dari permukaan laut dan masuk semula ke dalam air dengan cepat seperti ikan lumba-lumba.

” Nak rakam matahari terbenam, tapi terakam benda ni.Apa benda ni sebenarnya?” soalnya.

Ternyata rakam tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila mengaitkannya dengan makhluk misteri.

Apatah lagi ketika rakaman yang dipercayai dibuat di perairan pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan itu dilakukan pada waktu senja.

Segelintir komen netizen.

Rata -rata netizen memaklumkan apa yang dilihat pemuda itu ada ‘sulur bidar’, makhluk misteri yang sering dilihat di kawasan perairan seperti sungai dan tasik.

Bagaimanapun, tidak dipastikan mengenai apakah objek yang bergerak di perairan dalam rakaman, menjadikan perdebatannya kekal misteri.