[VIDEO] ‘Kereta Api’ Pertama Di Putrajaya, ART Akan Beroperasi Mulai hari ini
Sumber: Perbadanan Putrajaya (Facebook)
Perbadanan Putrajaya akan memperkenalkan pengangkutan awam baru yang dikenali sebagai Transit Aliran Automatik (ART) bermula hari ini.
Menurut perkongsian di laman Facebook Perbadanan Putrajaya, ART akan mula beroperasi sempena dengan Putrajaya Open Day 2024.
ART merupakan pengangkutan moden yang menggunakan konsep trackless tram dan akan digunakan di bandar Putrajaya.
Pengangkutan awam ini akan menjalani tempoh percubaan awal, dan orang ramai berpeluang untuk menaikinya secara percuma dari 1 hingga 4 Februari ini di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.
Mari kita semua menyertai Hari Terbuka Putrajaya 2024 pada hujung minggu ini!
Nota: Artikel ini adalah ringkasan maklumat dari Perbadanan Putrajaya (Facebook). Untuk butiran penuh, sila rujuk kepada sumber asal.
Post