[VIDEO] Sekali Pandang Macam Deretan Rumah Rupa-Rupanya Kubur, Siap Ada Dua Tingkat Lagi!
Sumber: Tiktok | @badar1015
Pada pandangan pertama, mungkin terlihat seperti deretan rumah-rumah di kampung yang dibina berteres.
Namun, jika anda memerhatikan dengan lebih teliti, anda akan melihat bahawa deretan rumah tersebut sebenarnya adalah kubur.
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki melalui video yang dikongsinya di TikTok, memperlihatkan kubur-kubur yang dibina menyerupai rumah.
Dalam video yang dirakam di Indonesia itu, lelaki tersebut membawa penonton untuk melihat binaan kubur tersebut yang mempunyai pelbagai reka bentuk menyerupai rumah sebenar.
Apa yang lebih mengejutkan, terdapat binaan kubur yang dibina menyerupai rumah dua tingkat.
“Lahh, yang bunyi bertukang tu pasang kabinet dapur ke” – Netizen
Sejak video tersebut mula viral di TikTok, ia telah mendapat lebih 14.5 juta tontonan, 628.2 ribu suka, dan 20 ribu kongsian.
Melalui bahagian komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
Post