[VIDEO] Hairan bin Ajaib Kereta ‘Banjir’, Netizen Tawar Cadangan Bisnes Ikan!
Sumber: Tiktok | @pu3razak
Tiba-tiba, kereta wanita ini jadi kolam ikan tanpa sebab yang jelas! Video menarik dari @pu3razak di TikTok memperlihatkan bagaimana air berkumpul di dalam keretanya, walaupun dia yakin tingkap kereta ditutup kemas.
Wanita itu kelihatan kehairanan dengan kejadian tersebut, mencari-cari punca misteri air dalam keretanya. Dalam satu hantaran lain, dia berkongsi bahawa ini bukanlah kali pertama kejadian aneh ini berlaku – yang kedua dalam tempoh seminggu!
“Kak, ternak ikan kak. Berniaga kecil-kecilan,” gurau seorang netizen dalam komen.
Selepas video ini menjadi viral di TikTok dengan lebih daripada 1.8M tontonan, 32.1K suka, dan 2.3K komen, netizen pula memberikan pelbagai spekulasi dan reaksi dalam bahagian komen.


video :