[VIDEO] Nenek Ini Kongsi Pengalaman Positif Tinggal di Pusat Jagaan Orang Tua
Sumber: Tiktok | @darulinsyirah
Pusat jagaan orang tua kadang-kadang dianggap negatif, dianggap sebagai tempat mengasingkan ibu bapa yang sudah berusia.
Namun, hakikat sebenar mungkin menunjukkan bahawa pusat jagaan ini dapat memberikan penjagaan yang lebih baik untuk warga emas daripada membiarkannya hidup sendirian di rumah.
Ini dapat dilihat melalui video yang menjadi tular di TikTok, menunjukkan seorang nenek yang tinggal di pusat jagaan menunjukkan kelebihan tinggal di sana.
Beberapa kebaikan yang dipaparkan termasuk keselesaan tempat tinggal, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, pemantauan kesihatan yang baik, dan yang paling penting, kehadiran banyak rakan sebaya.
“Rasa nak hantar diri sendiri pula nanti” – Netizen
Selepas penyebaran video ini di TikTok, ia mencapai lebih 432.7K tontonan, 23.5K suka, dan 603 komen.
Dari tinjauan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap video yang menarik ini.
Video :