[VIDEO] Guru terharu Dapat Hadiah ‘Gelang Emas’ Dari Ibu Bapa Murid-Murid Kelasnya
Sumber: Tiktok | @nikmaria76
Memberikan hadiah kepada guru bukan hanya sempena Hari Guru, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah memberi jasa.
Baru-baru ini, satu video di TikTok menunjukkan seorang guru yang menerima gelang emas sebagai hadiah dari ibu bapa murid-muridnya.
Menurut kapsyen dalam perkongsian tersebut, hadiah itu diberikan menggunakan dana yang dikumpulkan sepanjang tahun untuk jamuan akhir tahun.
Baki dana itu kemudian digunakan untuk membeli hadiah bagi guru tersebut sebagai tanda perpisahan kepada anak-anak murid tahun enam yang akan melangkah ke alam persekolahan yang baru.
“Terkedu melihat muka cikgu. Tahniah cikgu, telah menempatkan diri di hati pelajar-pelajar” – Netizen
Setelah video ini menjadi tular di TikTok, ia telah meraih lebih 859.7K tontonan, 27.4K suka, dan 493 komen.
Dari tinjauan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap video yang menyentuh ini.
Video :