| | |

“Mak Nyah Kaki Rembat : Campak Duit, Tendang Pintu ‘Mall’ Selepas kantoi Mencuri”

Sumber: Majoriti

Suasana gempar melanda pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur apabila sekelompok lelaki berpakaian seperti wanita membuat kecoh sejak Isnin. Ceritanya bermula ketika mereka tidak dibenarkan masuk ke salah satu butik pakaian di premis pusat beli-belah itu.

Video kejadian itu pertama kali dikongsi oleh erzuanaamr di laman Instagramnya dan kemudian viral di laman media sosial X (Twitter) di bawah akaun @IniAlalannn.

Namun, walaupun video itu menarik perhatian ramai, lokasi dan tarikh kejadian sebenar masih menjadi misteri.

“Mak Nyah dari luar negara ni buat kelas, campak-campak duit lepas tendang pintu H**. Kenapa beli-beli kat H** kalau duit banyak?” ejeknya.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan sekumpulan mak nyah dari luar negara tersebut membuat kecoh dengan menendang pintu butik pakaian terkenal dan mencampak duit ke dalamnya.

Antara sorakan dan jeritan, seorang daripada mereka meminta dengan nada keras agar pengawal keselamatan membuka pintu yang telah ditutup.

“Kau buka, kau buka sekarang pintu ini!

“Hello, saya ini pondan overseas tahu, pondan overseas,” jeritnya.

Walaupun ada cubaan wanita lain untuk menenangkan mereka, usaha itu nampaknya sia-sia. Kejadian tersebut turut menarik perhatian orang awam yang mula berkumpul di tempat kejadian.

Namun, sehingga berita ini ditulis, pihak berkuasa atau pihak berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.

video

@showdalambilik

Kisah perjalanan hidup @Naqiu Mohd sepanjang bergelar anak seni #naqiu #showdalambilik #ohbulanofficial

♬ original sound – Naqiu Mohd – Naqiu Mohd

Similar Posts