Mengenali Cabaran di Kuala Lumpur: Warga Asing Meriahkan Bandaraya
Source: X | Roman Akramovich
Kita semua tahu Malaysia adalah negara yang unik dengan kepelbagaian kaum dan etnik. Namun, satu perkara yang semakin menjadi perhatian ialah peningkatan jumlah warga asing yang bekerja di Malaysia, yang sedikit sebanyak memberikan impak kepada imej negara kita.
Kebanyakan dari mereka datang ke sini untuk mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan 3D, iaitu pekerjaan yang dianggap “Dirty, Difficult and Dangerous” yang kurang diminati oleh rakyat tempatan.
Baru-baru ini, viral satu video yang memaparkan reaksi seorang lelaki setelah melihat bandar raya penuh dengan warga asing. Video ini mendedahkan keadaan apabila warga asing keluar beramai-ramai semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Dalam video tersebut, seorang lelaki berkongsi pengalaman keluarganya yang ingin berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Namun, yang mengejutkan, mereka mendapati bandar raya dipenuhi dengan warga asing yang berjalan-jalan, termasuk di kawasan ikonik KLCC.
“Pulang ke rumah perempuan pun rasa tak selamat. Semakin ramai pulak tu,” komen seorang netizen.
Reaksi netizen di ruang komen adalah pelbagai, mencerminkan pandangan dan pendapat berbeza mengenai isu ini.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 415.2K tontonan, 2.6K kongsian semula, dan 4.3K suka di laman X.
video