| | |

[VIDEO] Dr. Say Shazril Dedah Pendapatan ‘Influencer’ Boleh Cecah RM100,000 Sebulan

Source: Instagram | @say_shazril

Sebelum ini, pempengaruh media sosial dan penyampai radio Fly FM, Arieff Yong, 29, melamar kekasih hatinya di dalam sebuah pawagam, baru-baru ini. Arieff atau Arieff Efenddy Yong berkongsi bahawa dia merancang selama seminggu untuk melamar Sylvia, pasangannya. Arieff menjelaskan bahawa dia ingin melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka selepas dua tahun berpacaran.

“Baru-baru ini Dahlia angkut Mercs, jadi ada yang curious akan kemampuannya. Pertama sekali, Dahlia ini bukannya baru famous, IG dia ada 779,000 pengikut. Kiranya dia dah lama bertapak dalam dunia influencing ini. Okay secara purata, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,000 sebulan. Sebab apa besar rangenya? Sebab influencer ini ada banyak peringkat.”

Dr. Say turut menekankan bahawa bayaran seorang influencer tidak hanya bergantung kepada jumlah pengikut, tetapi juga interaksi atau ‘engagement’ di media sosial.

“Ia bukan hanya sebab pengikut, sebab pengikut sekarang boleh dibeli. Apa yang kebanyakkan client dan agensi nak tengok sekarang adalah pengikut dan juga engagement.”

Walau bagaimanapun, Dr. Say menegaskan bahawa menjadi ‘influencer’ atau pencipta konten bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dipikirkan oleh sesetengah pihak. Ini kerana setiap individu yang bergelar influencer perlu sentiasa berfikir tentang jenis kandungan yang perlu dimuat naik setiap hari untuk memastikan engagement kekal tinggi dan akaun mereka tetap ditemui di media sosial.

“Jika tidak konsisten, akaun anda mungkin akan ‘hilang’ daripada feed media sosial. Oleh itu, anda janganlah menyangka kerjaya ini memang mudah walhal realitinya sangat sukar untuk terus kekal relevan di dalam arus media sosial.”

Video :

@say_shazril0

Ada follower sy curious jadi sy jawab persoalannya. Sy quit kerja gomen 2018 to be full time influencer jadi untuk 6 tahun ni pelbagai asam garam dah sy rasai. Apa yg ampa nampak hanyalah the tip of the iceberg tapi iceberg yg dalam ayaq tu hanya influencers je tahu kesusahannya. @dshazall mintak tumpang awak sebagai contoh ye?

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

Similar Posts