| | |

 [VIDEO] Kenali Pygmy Goat, Kambing Yang Manja & Mesra Kanak-Kanak

Source: TikTok | @ezreptilesmalaysia

Kambing sering menjadi pilihan sebagai binatang ternakan untuk susu dan daging mereka. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat satu jenis kambing yang lebih sesuai untuk menjadi haiwan peliharaan berbanding ternakan? Itulah Pygmy Goat.

Dalam video yang dikongsi oleh akaun TikTok @ezreptilesmalaysia, kita dapat mengetahui beberapa fakta menarik tentang kambing ini. Pygmy Goat adalah jenis kambing terkecil di dunia, berasal dari Afrika. Namanya semakin terkenal dengan sifat manjanya, terutama kepada tuannya, serta 

kemesraannya dengan kanak-kanak. Ia juga mempunyai pelbagai corak pada bulunya yang menarik.

“Kalau dah jinak macam ni, tak sampai hati pulak nak jual atau makan dia” – komen seorang netizen.

Sejak video ini dimuat naik, ia telah mendapat perhatian lebih dari 2 juta tontonan, 203.4 ribu suka, dan dikongsi sebanyak 4.1 ribu kali. Di bahagian komen, netizen memberikan pelbagai reaksi yang menarik terhadap video ini.

Video :

Similar Posts