Kisah Menarik Isteri Pertama Aslam Berkahwin Muda dan Gurauan Anak Ketiga
Source: TikTok | @eaisyah_listra
[VIDEO] Perhatian warganet di media sosial tertuju kepada video ‘interview’ Misya Mazlan, isteri pertama kepada Ahmad Aslam, yang dimuat naik oleh @Eaishah Liastra di TikTok. Dalam video tersebut, Misya sedang di solek oleh seorang jurusolek atau MUA (make-up artist) sambil menjawab soalan mengenai keluarganya.
Misya mendedahkan bahawa dia berkahwin dengan Aslam ketika berusia 21 tahun. Dia berkongsi pengalaman ketika hamil anak pertama, merungkai kebimbangan menjadi ibu muda.
“Saya anak dua orang. Dua-dua saya beranak normal. Beranak anak nombor satu dia susah sikit. Nombor dua lagi senang. Alhamdulillah dua-dua orang saya mengandung tak ada mabuk (alahan) dan mengidam. Saya tak perasan pun tengah mengandung masa itu. Sebabnya memang period saya tidak menentu. Alhamdulillah saya kahwin usia muda, masa itu umur saya 21 tahun. Jadi macam (tanya diri sendiri) boleh ke nak jadi ibu? Nak membesarkan anak. Dalam masa sama, mesti la gembira (bila tahu hamil),” katanya.
Misya juga berkongsi bahawa Aslam tidak dibenarkan menemani ketika melahirkan anak pertama kerana pandemik Covid-19. Namun, anak kedua membolehkan suaminya bersama kerana tempat perubatan swasta.
Dalam suasana bersahaja, Misya turut berseloroh apabila ditanya mengenai perancangan untuk anak ketiga. “Tiga yang mana? Yang nombor tiga ehem ke (senyum)? Ke anak nombor tiga? Masih dipertimbangkan. Kalau ada tu alhamdulillah. Apa pun masih merancang.”
Dalam perkembangan sebelum ini, kakak Misya, Nadiah, mengesahkan bahawa Aslam sudah berkahwin dengan Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand. Pasangan tersebut dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan Misya dan keluarga Marissa.
Walaupun melalui kontroversi, Aslam dan Misya memutuskan untuk rujuk semula dan terus bersama. Misya juga pernah mendedahkan dakwaan tentang kecurangan Aslam dengan seorang model muslimah berumur 19 tahun, membawa bukti resit sebagai pengukuhan dakwaannya.
Video :