· · ·

Bulan Bintang Sedia Beri Pemenang ‘Golden Ticket’ Nissan GT-R

Source: TikTok | @bulanbintang

Bulan Bintang kembali mengejutkan peminatnya dengan tawaran menarik pada tahun ini. Mereka bakal memberi hadiah istimewa, ‘Golden Ticket’ untuk memenangi Nissan GT-R kepada pembeli yang beruntung membeli baju Melayu Bulan Bintang!

Berita gembira ini disampaikan oleh pengasas jenama, Azzim Zahid Azmi, 27 tahun, yang bercita-cita menjadikan 2024 sebagai tahun untuk menghargai sokongan setia pelanggan sepanjang sembilan tahun lepas. Azzim menyatakan bahawa tahun lepas, beliau telah melaburkan sejumlah RM8 juta untuk membangunkan jenama, dan kini, segala-galanya akan dikembalikan kepada para pembeli.

“Tahun ini adalah masa yang tepat untuk saya menyampaikan penghargaan kepada mereka yang telah setia menyokong kami. Saya telah melaburkan RM11 juta, dan semuanya akan dikembalikan kepada pembeli. Untuk tahun ini, kami telah menghabiskan RM6.2 juta dengan menyediakan 150,000 samping percuma setiap kali pembelian atau pilihan untuk menerima baju batik moden fit bernilai RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini, kami telah melaburkan RM1.6 juta.

“Setiap pembeli juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan RM3.2 juta, termasuk dua buah kereta (Nissan GT-R), motosikal, iPhone, pakej umrah, dan percutian,” jelasnya semasa sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Azzim telah mengundang beberapa pelanggan terpilih untuk merasai dan menguji stok baju Melayu Bulan Bintang. Beliau berjanji dan yakin bahawa kualiti kain dan jahitan baju Melayu Bulan Bintang tahun ini adalah lebih baik daripada sebelum ini.

video :