Tak Sedar Anak Tertinggal di R&R, Untung Ada Warga Asing Bantu Jaga
Source: TikTok | @shahilashah
Perjalanan jauh memang boleh meletihkan, dan kadang-kadang kita perlukan istirahat di R&R untuk menyegarkan semangat.
Namun, baru-baru ini, sebuah video viral menunjukkan seorang ibu bapa yang lupa meninggalkan salah seorang anak di R&R Pagoh.
Kelihatan mereka sekeluarga berhenti sebentar untuk berehat, tetapi begitu ayahnya meneruskan perjalanan, dia lupa anaknya di R&R. Ibunya kemudian menerima panggilan dari anak yang ditinggalkan.
Ibu tersebut terkejut dan segera menoleh ke belakang untuk memastikan anaknya hilang. Malangnya, abang yang duduk di belakang tidak menyedari kerana tertidur sepanjang perjalanan.
Mereka terpaksa berpatah balik ke R&R Pagoh untuk mengambil anak yang tertinggal. Nasib baik, terdapat tiga pekerja Bangladesh yang membantu menjaga dan menghiburkan anak tersebut.
“Teringat dulu arwah ayah aku dan kakak aku pernah tertinggal mak dekat stesen minyak,” kongsi seorang netizen.
Selepas video itu menjadi viral di TikTok dengan hampir 888 ribu tontonan, 17 ribu suka, dan 449 komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi dan kisah serupa yang pernah dialami.
video :