· · ·

Tun Abdul Taib Mahmud Pergi Selamanya

Source: Astro Awani

Tun Abdul Taib Mahmud, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, meninggal dunia pada kira-kira 4.28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Berita duka ini disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof, kepada Astro AWANI.

“Saat ini, jenazah akan dimandikan dan Insya-Allah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir di Semenanjung sebelum diterbangkan ke Kuching, Sarawak,” kata Fadilah. Allahyarham Abdul Taib, yang baru genap 87 tahun pada 21 Mei lalu, akan dibawa pulang ke Kuching hari ini dan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.

Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum dikebumikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib, di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya. Abdul Taib, sebelum ini, merupakan satu-satunya tokoh politik dari era penubuhan Malaysia yang masih hidup dan pernah menjadi ahli Kabinet Sarawak yang ditubuhkan pada 22 Julai 1963.

video :