| | |

[VIDEO] Bikin Tersenyum! Kapal Terbang ‘One Piece’ Ala RC Plane Jadi Gempak Viral

Source: TikTok | @capt_haiman

Kalau dulu mainan remote control kebanyakan kita tengok kanak-kanak main, tapi jangan pandang rendah golongan dewasa! Ada satu pakar RC Plane ni, cipta kapal terbang ala-ala ‘One Piece’ yang buat semua orang teruja.

Sebuah video di TikTok telah menunjukkan betapa hebatnya kreativiti seseorang dalam mencipta kapal terbang RC dengan rekaan kapal layar bergaya lanun zaman dulu. Gempak tak? Lagi best, atas kapal tu dihiasi dengan miniatur watak dari anime One Piece seperti Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro, dan Tony Tony Chopper.

Video ini dikongsi oleh A&A Venture, di mana dia dan geng ‘otai’ RC Plane dia memang penuh racun kreativiti. Dia tulis, “Lepak dengan otai, memang banyak racun.”

Netizen pun teruja gila tengok karya ini. Ada yang kata, “Ini baru namanya kapal terbang!” sambil puji gila punya kreativiti.

Kalau nak tau, video ni dah meraih hampir setengah juta tontonan dalam TikTok. Lepas ni, mungkin kita boleh tengok lagi aksi kreatif otai-otai RC Plane yang buat kita gelak terbahak-bahak!

video :

Similar Posts