| | |

[VIDEO] Jual Maruku Di Pasar: Peniaga Gaya Power, Pakcik & Anak Kena ‘Pukau’!

Source: TikTok | @abangmaruku

Kalau korang tengok pasar tu macam panggung drama, video ni kena tengok. Seorang peniaga maruku kat Pasar Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah, jadi tumpuan sebab style dia memang power gila!

Jadi, ada lah lelaki ni jual maruku kacang pea. Ni bukan maruku biasa, ni maruku yang buat sendiri tau. Kacang pea dia guna yang asli, rasa lemak kacang tu mantap. Dia ni memang pandai ‘market’ barang dia.

Apa yang bestnya, dia pandai sangat tarik perhatian pelanggan. Ada satu pakcik lelaki tua dengan anak lelakinya lalu, terus tertarik dengan gaya peniaga ni.

“Sat jangan pi mana, tengok baju terang elok kita bagi rasa dulu, kita nak bagi rindu. Pakcik jangan simpan dulu duit itu nanti susah nak bawa keluar. Maruku kacang pea saya buat sendiri, sedap. Asli kacang pea, rasa lemak kacang. Ada dua jenis, saya buat sendiri,” kata peniaga ni sambil senyum lebar.

Pakcik tu pun tak boleh tahan, beli terus tiga paket maruku kacang pea dengan harga RM10. Lagi best, peniaga tu bagi cadangan, “Ambil lah buat makan petang-petang nanti sambil tengok cerita Hindustan. Boleh campur, satu RM4 tiga paket RM10. Mai saya tarik plastik siap-siap, tak jadi takpa, tak akan saya nak marah. Ayah ke ni? Alhamdulillah ayah sihat lagi,” katanya lagi.

Gaya peniaga ni memang kena dengan pelanggan. Power habis! Kalau macam ni, pasar jadi tempat seronok dan berbaloi lah nak shopping!

Video :

Similar Posts