[VIDEO] Panduan Amalan dan Larangan Ketika Ziarah Jabal Rahmah yang Perlu Diketahui
Source: TikTok | @mutawwifasyraf
Setiap orang yang mendapat peluang untuk menunaikan haji dan umrah pasti tidak melepaskan peluang untuk menziarahi Jabal Rahmah. Melalui sebuah video di platform X, seorang lelaki Arab menegur pengunjung yang melakukan perbuatan yang tidak selaras dengan ajaran Islam ketika berada di Jabal Rahmah.
Dia memberitahu pengunjung tersebut agar tidak mengagungkan tembok di atas bukit Jabal Rahmah, dan mengingatkan bahawa perbuatan itu tidak benar menurut ajaran agama. Mutawwif Asyraf dari Rayhar Travels juga berkongsi beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan semasa menziarah Jabal Rahmah, termasuklah berdoa menghadap tembok dan menulis nama pasangan pada batu-batu di sana.
Dalam video tersebut, mutawwif itu menasihatkan agar umat Islam menghindari perbuatan yang boleh menyekutukan Allah. Semoga dengan menziarahi Jabal Rahmah, hubungan keluarga menjadi lebih erat, dan doa untuk keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah dikabulkan. Jom lihat video untuk panduan lanjut!