| | |

Azri Walter Sampaikan Pesanan khidmat masyarakat untuk Para Wanita di luar sana

Source: TikTok | @azriwalter

Semalam, viral satu video dari TOP G Malaysia, atau lebih rapat dikenali sebagai Azri Walter. Dalam video tersebut, Azri memberikan pesanan istimewa untuk wanita-wanita di luar sana yang kadang-kadang suka merungut, walaupun dah dapat lelaki rajin bekerja.

Dengan gaya serius tapi berjenaka, Azri berkata, “Nak bagitahu ni kepada semua wanita! Kalau kau dapat lelaki rajin bekerja, kau kena bersyukur faham?” Dia tambah lagi, “Kalau suami kau ni rajin bekerja, jangan banyak mengeluh! Sebab kat luar sana, berapa ramai wanita menangis setiap hari sebab suami diorang pemalas, taknak kerja part-time pun memilih! Kat rumah takda beras nak makan!”

Azri dengan bijaknya menyampaikan mesej yang kadang-kadang kita lupa. Jadi, kepada semua wanita diluar sana, jangan lupa hargai lelaki yang rajin bekerja, sebab di luar sana, masalah lain tu kadang-kadang lagi mencabar!

VIDEO :

@azriwalter

Pesanan tulus untuk wanita : Kalau kau ada laki yang kuat kerja. Kau kena syukur banyak. The power of syukur Do you understand?

♬ original sound – Azri Walter – Azri Walter

Similar Posts