· · ·

Wanita Aceh Kasi ‘BASUH’ Kawan senegara Sebab Kutuk Malaysia!

Source: TikTok | @user63x9buxz6

Baru-baru ni, ada seorang wanita dari Aceh, Indonesia, pecahkan haluan dengan meroyan pasal sikap tak sopan segelintir rakyat Indonesia yang berlagak biadab dan tak hormat orang Malaysia.

Dia kata, ada segelintir individu, khususnya orang Indonesia yang kerja sini, suka riak kononnya sektor pembuatan dan pembersihan Malaysia ni lebih dikuasai pendatang. Menurut dia, benda ni jadi teruk sampai pihak berkaitan jadi lebih sombong dan hina masyarakat Malaysia sebab diorang ni sangat bergantung kat tenaga asing.

Tapi, wanita ni, dia tegas menolak pemikiran negatif tu. Dia puji kerajaan Malaysia, kata dia lebih stabil ekonominya dan sentiasa jaga kepentingan rakyat.

“Di Malaysia, kerajaannya galakkan penduduknya belajar tinggi-tinggi, tak macam pemerintahan Indonesia yang suka hantar rakyat ke luar negara jadi pekerja kuli.

Lepas tu, diorang yang kat luar negara ni, lupa diri terutama kat Malaysia ni. Suka sangat nak compare dengan rakyat tempatan, kononnya orang sini tak pandai buat kerja,” dia berkongsi.

Dia juga berpendapat, kerajaan Indonesia tu bergantung pada duit dari Malaysia, khususnya pendapatan dari pekerja yang jadi kontraktor atau pembantu rumah.

“Sektor pembersihan Malaysia ni biasanya ada dua jenis pendatang yang kerja – orang Indonesia dan Filipina. Tapi biasanya, yang buat masalah, lebih banyak dari Aceh, belum pernah dengar pulak ada berita pekerja Filipina yang buat jahat. Lagipun, diorang lagi pandai berbahasa Inggeris,” kata dia lagi dalam video yang lain.

Video dia ni jadi tular dalam media sosial, dapat sokongan ramai, terutamanya masyarakat tempatan yang dah lama sedar sikap buruk pekerja asing dalam negara ni.

Wanita ni pun bagi amaran kat semua pekerja Indonesia kat sini, eloklah ubah sikap tu sebab kalau tak, lagi lama, dua negara ni boleh bergaduh.

Video :

@userk63z9buxz6

jerit2 pilih calon presiden yg bangga rakyatnya jd kuli dinegara org

♬ bunyi asal – 🫀🫀jantung pisang82 – 🫀🫀jantung pisang82