| | |

Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

Source: Majoriti

Selepas kontroversi yang berlaku di laman X mengenai aktiviti persundalan yang melibatkan seorang individu yang dikenali sebagai Hot Daddy Ash, kini telah muncul satu lagi aktiviti yang hampir serupa di laman Facebook.

Apa yang mengejutkan ialah aktiviti tersebut menawarkan perkhidmatan untuk menyewa wanita yang berstatus isteri orang untuk suatu tempoh masa dengan bayaran tertentu.

Berdasarkan tinjauan di kedua-dua laman Facebook tersebut, kumpulan Facebook yang berkaitan masih dirahsiakan namanya pada masa ini dan mempunyai anggota sebanyak 102,000 dan 20,000 orang setakat ini.

Sementara itu, pentadbir laman Facebook tersebut turut menyediakan aplikasi Telegram bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan seks atau menukar pasangan dengan wanita yang merupakan isteri orang.

“Penting untuk yang berminat sahaja, happy-happy, noty-noty,” tulis pentadbir laman media sosial tersebut.

Dalam aplikasi Telegram tersebut, kandungannya kebanyakannya adalah foto-foto wanita yang berpakaian seksi dan melakukan aksi yang mencabar demi menarik pelanggan.

Mereka juga diketahui memuat naik butiran fizikal untuk menggambarkan diri masing-masing.

‘Hot Daddy Ash’ atau ‘Gigolo Janda Baik’ (kiri) merupakan suspek utama dalam jenayah seksual. — Instagram/BGTV

Kewujudan laman Facebook dan Telegram berkenaan sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Manakan tidak, ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang di bawah umur sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Mohon pihak berkuasa dan yang berkaitan mengambil tindakan segera. Ini adalah punca keruntuhan akhlak dalam kalangan kita semua. Minta jauh perangai seperti ini,” kata Syaiful Muhammad.

“Makin teruk manusia akhir zaman,” tulis Shukran Jalal pula.

Sementara itu, Amirul Azhar mendakwa aktiviti seperti itu sudah lama berlaku cumanya pada kali ini individu yang terlibat dalam aktiviti seperti itu menjadi semakin berani.

“Sudah lama jadi, cumanya sekarang mereka yang suka bertukar-tukar pasangan ini semakin menjadi. Semakin lama semakin rancak,” katanya.

Similar Posts