| | |

‘Otak jatuh, nak kutip hilang’, tindakan ‘King Myvi’ lawan arus tengah-tengah highway PLUS dekat Johor sukar diterima akal

Source: Majoriti

TULAR satu video memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi melawan arus di sebuah lebuh raya di Johor hingga hampir menyebabkan kemalangan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Johor pada Ahad dan melalui maklumat awal yang dikongsikan, kejadian itu berlaku pada pukul 4.13 petang.

Insiden itu turut berjaya dirakam kamera papan pemuka kenderaan (Dashcam) orang awam yang berada di tempat kejadian.

Melalui video berdurasi kurang seminit yang dikongsikan itu, kelihatan sebuah Honda City Hatchback yang dipandu laju di laluan kanan tiba-tiba dipandu perlahan secara drastik sebelum bertindak memberhentikan kenderaan.

https://www.instagram.com/reel/C3zIDfNIVCc/?utm_source=ig_embed&ig_rid=dce59e8e-024f-44e8-9ab8-7da214ad676f

Tindakan pemandu Honda memberhentikan kenderaannya itu juga hampir menyebabkan pemilik dashcam berkenaan melanggarnya, namun dia juga bernasib baik kerana sempat memberhentikan kenderaan.

Dalam video itu juga memaparkan Honda City terbabit hampir bertembung dengan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

Lebih mengeramkan lagi, pemandu Myvi yang menyelit di tengah-tengah lebuh raya seperti orang hilang akal terus melarikan diri tanpa meminta maaf.

Pada masa sama tidak dapat dipastikan motif sebenar pemandu itu bertindak sedemikian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan pemandu Myvi tersebut.

“Ini kalau kena tangkap polis mesti bagi alasan salah jalan atau salah susur masuk. Tak pun dia buat-buat jadi orang kurang upaya (OKU). Sepatutnya kalau salah jalan berhenti sahaja di tepi. Menyusahkan orang ramai, nasib baik tiada kemalangan berlaku,” kata Nor Faezah.

Sementara itu, Afiah Syahrizal pula menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemandu Myvi terbabit.

“Mohon pihak polis ambil tindakan segera, nampak jelas nombor pendaftaran kereta tersebut. Nasib baik ada dashcam, kalau tidak susah nak buktikan,” katanya.

Setakat berita ini ditulis, setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang terbabit dengan kejadian tersebut mahupun pihak berkuasa.

Untuk makluman, pemandu yang memandu melawan arus adalah satu kesalahan, di mana tindakan boleh diambil terhadap pemandu atau penunggang jika didapati bersalah di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.

Ini termasuklah pemanduan yang melulu dan berbahaya, dan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun, dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Similar Posts