| | |

Penganjur konsert ‘Choii Underground Music Tour Kedah 2.0’ telah memohon maaf susulan kontroversi yang mendakwa konsert tersebut berlangsung pada malam Nifsu Syaaban.

Source: OhBulan

Menerusi perkongsian video di TikTok, penganjur yang dikenali sebagai Faris Azrii akui kesilapan daripada pihaknya yang terlepas pandang tentang perkara tersebut. Jelasnya lagi, konsert yang berlangsung itu tidak melibatkan mana-mana kerajaan.

Tentang isu terkinja-kinja dan melompat-lompat itu juga saya mohon maaf kerana saya membawa hip-hop ke bumi Kedah.

Namun, kita tengok video melompat yang viral itu dikatakan pada malam Nisfu Syaaban, itu tidak sama sekali kerana yang lompat itu pada hari Jumaat.

Walaupun kita dah buat selawat, ada yang cakap kita buat tiga minit sahaja tetapi kita buat hampir sejam juga, baru jalankan konsert. Kita percaya kalau kita tak buat selawat orang ‘tembak’, kalau kita buat selawat pun orang akan ‘tembak sebab orang tak boleh terima kami buat konsert di sini.

Sementara itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kerajaan negeri tidak pernah memberikan permit atau kelulusan untuk penganjuran konsert di Taman Jubli Emas pada malam 24 Februari.

Zakaria berkata, penganjur ada mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri namun tidak menyatakan tentang cadangan konsert atau pertunjukan pentas seperti yang tular di media sosial.

@farisazrii

Permohonan maaf daripada saya mengenai isu di Negeri Kedah …

♬ Cap – burrell
@farisazrii

Penganjur memohon untuk mengadakan karnival jualan dan acara-acara yang dibenarkan mengikut garis panduan kerajaan negeri sahaja dan itulah yang diluluskan.

Justeru penganjuran konsert tanpa kebenaran mana-mana agensi kerajaan negeri dan ini adalah satu pelanggaran syarat yang sangat serius oleh pihak penganjur.

Susulan daripada itu, penganjur akan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai perkara terbabit. Difahamkan, mana-mana pihak yang melanggar syarat kelulusan akan disenarai hitam daripada terbabit dalam menganjurkan apa jua program di negeri tersebut pada masa akan datang.

Similar Posts