| | |

Kenapa Kena Pusing Stereng Betul-Betul? Abang Bomba Bagi penerangan!

Source: TikTok | @taufiq_sparkz

Korang mesti tau, bila belajar memandu, kita kena ambil tahu pasal langkah keselamatan, kan? Tapi tahu tak, ada cara tertentu nak pegang stereng yang boleh jadi kelakar tapi penting.

Baru-baru ni, ada video viral kat media sosial, seorang abang Bomba dan Penyelamat bagi tips penting ni. Dia cakap, time memandu, janganlah pusing stereng macam nak buat roti canai!

Dalam video tu, dia pesan, kita kena pegang stereng ikut cara betul yang kita belajar masa kelas memandu. Kira-kira macam jam, tangan kena letak kat situ.

“Sebab tu, kalau kita belajar memandu, kita pusing stereng 10:2 atau 3:9 kan. Sebab apa tak boleh roti canai?”

Abang Bomba tu explain, kalau kita pusing macam roti canai, nanti bila kemalangan, beg udara kenderaan boleh keluar dengan kuat dan boleh cedera tangan kita.

“Kalau kita amalkan roti canai, kalau kecemasan keluar beg udara boleh melekat tangan pada dahi. Elok-elok tak ada sakit, patah jari, sebab tu orang tak bagi roti canai,” dia gelak sambil bagitahu lagi.

Dia pun pesan lagi, janganlah letak tangan di tengah-tengah stereng. Bahaya, tau! Kalau beg udara keluar masa kemalangan, boleh patah jari!

Jadi, walaupun kita hebat memandu, janganlah main-main dengan cara pegang stereng. Keselamatan penting, tak nak jadi roti canai yang bercerai-berai, kan?

Video :

@taufiq_sparkz

Berhati-hati steering handling semasa memandu, ada sebab kita belajar kedudukan steering 9-3 dan jgn cross steering, sistem keselamatan boleh menjadi kemerbahayaan jika kita tak peka dgn sistem dan fungsinya…

♬ original sound – Taufiq Sparkz – Taufiq Sparkz

Similar Posts