Founder’ Kosmetik Kena Hentam Gara-Gara Nak Buat Konten di Kaabah
Source: Instagram | @Hafizmahamad
Setiap Muslim kan, memang teringin nak dapat peluang cium Hajarul Aswad di Makkah at least sekali seumur hidup. Tapi, ada la pulak orang yang nak jadikan ibadah ni ala-ala konten supaya orang ramai layan.
Baru-baru ni viral la video kat media sosial pasal founder kosmetik yang tengah buat tawaf kat Kaabah dan nak cium Hajarul Aswad dengan pasukan dia.
Yang buat orang geram tu, founder ni terus berasak-bersak dengan jemaah lain yang pun nak buat benda sama. Sampai lah ihram dia terbuka sebab bertolak-tolak nak tunaikan permintaan isteri dia dan pasukan dia yang tak sabar nak cium Hajarul Aswad.
Yang peliknya, video ni macam direka khas untuk jadi konten viral. Walaupun dia kata tak, tapi reaction netizen bukan main lagi.
Founder ni kena hentam habis la kat media sosial. Netizen tempatan rasa macam dia tak ikhlas, buat ibadah nak jadi konten je.
Tapi, ada jugak yang bangkit bagi tahu, tawaf wajib, tapi mencium Hajarul Aswad tu sunat je. Banyak orang tak setuju dengan cara kasar dia bertindak dengan orang sekeliling just nak bagi keutamaan kat pasukan dia.Ni la, bila nak buat ibadah, kena lah ikhlas. Jangan nak jadikan alat konten je, nanti orang ramai tengok pun tak sedap hati. 😅