| | |

Lebih 7 kali pergi Umrah Hafiz Mahamad Mohon maaf, Niat Cuma nak buat video kenangan 

Source: Instagram | @hafizmahamad

Minggu lalu, terkenal dengan wajah usahawan dan pengaruhnya, Hafiz Mahamad, membuat kejutan dengan memuat naik video yang menunjukkan dia dan pasukannya berhimpit-himpitan dan berasak-asak di tengah-tengah orang ramai untuk mencium Hajar Aswad semasa melaksanakan umrah.

Hari ini, Hafiz muncul dengan penjelasan lanjut dalam video di Instagramnya, @hafizmahamad, tentang insiden panas yang sedang diperkatakan itu.

Menurutnya, sebelum berkongsi video itu, dia mendapat pandangan positif dari beberapa individu.

“Ketika saya kongsikan video itu, dalam tempoh satu hingga dua jam pertama, wah, mesej direct semuanya positif! Ramai kata, ‘Wah, bestnya nak pergi!’, ‘Wah, rupanya situasi macam ni!’, dan sebagainya,” katanya.

Selalu menasihati pasukan untuk merasai pengalaman unik di Tanah Suci

“Dalam Tanah Suci ini, janganlah kita fikirkan hanya pasal food hunting atau hanya solat di masjid sahaja. Cuba kita explore peluang lain.

“Cuba kita solat di Hijr Ismail, cium Hajar Aswad, solat di depan Kaabah,” tambahnya lagi.

Hafiz memberi nasihat itu dengan harapan agar pasukannya tidak menyesal apabila kembali ke Malaysia kerana tidak memanfaatkan peluang unik itu.

Dia ingin memastikan pasukannya tidak teragak-agak untuk melakukan perkara sunat seperti mencium Hajar Aswad kerana takut dengan situasi orang ramai di sana.

Menurut Hafiz, video yang dikongsi di media sosial hanya untuk kegunaan kenangan dan untuk memberi inspirasi kepada rakan-rakan untuk mencuba pengalaman yang sama.

“Niat saya cuma untuk memberi semangat kepada rakan-rakan untuk cuba. Dalam video itu, saya bukan hendak jadi hero, tapi saya berharap tindakan saya boleh menjadi contoh kepada pasukan saya.

“Suatu hari nanti, mereka mungkin mampu membawa lebih ramai orang bersama-sama mereka, seperti anak yatim atau pekerja mereka, dan mengajak mereka mengalami pengalaman yang sama,” jelasnya.

“Tak rugi mencuba, rezeki mungkin ada” – Hafiz Mahamad

“Jangan takut untuk mencuba walaupun perkara itu sunat sahaja. Banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan seperti tawaf dan lain-lain, tetapi cubalah supaya kita tidak menyesal apabila pulang ke Malaysia,” tambahnya.

Namun begitu, Hafiz turut memohon maaf jika video tersebut menimbulkan persepsi yang salah kepada orang lain.

Video Penuh :

https://www.instagram.com/reel/C4FU-gjr742/?utm_source=ig_web_copy_link

Similar Posts