| | |

Caprice buat siasatan macam biasa! Ternyata Ketua ajaran Mahdi seorang Scammer

Source: TikTok | Caprice Podcast

Hari ini, satu video pendek sedang hangat diperkatakan di media sosial. Video itu menunjukkan perbualan tentang ajaran baru yang sedang tersebar di Malaysia, yang dipanggil agama mahdi.

Seseorang yang sangat prihatin dengan masalah dalaman yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang mempunyai status lebih dari orang biasa, telah mendedahkan perkara ini dalam video tersebut. Dan siapa lagi kalau bukan Caprice.

Dalam video itu, Caprice memberitahu yang pemimpin ajaran tersebut sebenarnya seorang penipu! Dia juga berkongsi bahawa skrip yang digunakan sangat mirip dengan kejadian baru-baru ini di mana seseorang mengakui bahawa beliau adalah keturunan Rasullullah S.A.W.

Caprice juga mendedahkan bahawa dia telah menyertai satu sesi langsung yang diadakan oleh pihak berkenaan, dan ketika itu, dia mengenali seorang lelaki yang wajahnya kelihatan dikenali. Selepas disiasat, ternyata lelaki itu pernah menyertai himpunan haram yang menuntut hak LGBT di pusat bandar. Ini merupakan isu yang pernah dibangkitkan oleh Caprice sebelum ini.

Jadi, agama sesat mahdi ini membenarkan aktiviti haram seperti LGBTQ? Apakah ini benar-benar yang terjadi? Ini menjadi tanda tanya besar bagi ramai.

Video

https://www.tiktok.com/@capricepodcast/video/7342009109924957460


Similar Posts