Kedai Serbaneka KK tampil kehadapan jelaskan perkara sebenar
Source: SAYS
Viral baru baru ini dimana sebuah pasaraya terkemuka telah menjual stoking yang terdapat tulisan berbentuk kalimah Allah SWT Lepas posting tu viral dan ramai orang maki hamun, kedai serbaneka tu kelam-kabut. Akhirnya, diorang angkat tangan, minta maaf, dan beritahu cerita sebenar.

Katanya, produk tu sebenarnya dari vendor yang letakkan barang di kedai diorang. Tapi tak lama lepas tu, diorang terus buat keputusan untuk stop jual stoking yang kontroversial tu.
Pihak syarikat yang buat produk tu pun turut minta maaf. Diorang akui, produk tu memang datang dari China.

“Pasal ni, memang salah kami. Kami minta maaf yang tak terhingga kepada semua yang terasa, terutama masyarakat Islam. Kami pun minta maaf kat Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd,” diorang tulis.

Source: Facebook | KK supermarket

Jadi, cerita tu selesai dengan permohonan maaf yang ikhlas. Nasib baik diorang faham kesilapan diorang, kalau tak, boleh jadi lagi panas situasi tu!