| | |

Lelaki Kongsi Struggle OKU Berkerusi Roda Melintas Jalan Di Bandar KL – ramai mesti tak sedar perkara ini

Source: TikTok | @abgkerusiroda

Ada satu video yang viral di TikTok baru-baru ini yang menunjukkan seorang lelaki OKU yang berkerusi roda bersama kumpulannya sedang cuba untuk melintas jalan di kawasan berdekatan dengan bangunan berkembar KLCC. Dalam video tersebut, mereka menghadapi masalah besar kerana laluan yang disediakan untuk OKU mempunyai tangga dan permukaan yang tinggi, membuatkan pergerakan mereka menjadi sukar.

Beberapa dari mereka memerlukan bantuan orang lain untuk menolak kerusi roda mereka dari belakang bagi membantu mereka melintasi laluan yang mencabar itu. Ketika situasi ini, lelaki tersebut memberikan seruan kepada pihak berwajib untuk menyediakan kemudahan yang sesuai dan konsisten bagi OKU.

Beliau menyuarakan kebimbangan mengenai kurangnya kemudahan yang sesuai untuk OKU di banyak tempat awam, yang sering kali tidak mematuhi spesifikasi yang betul. Dia menyeru kepada semua untuk berkongsi video ini supaya pesan ini sampai kepada wakil-wakil OKU, menteri, dan pihak yang berkaitan. Matlamatnya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memahami dan menyokong keperluan OKU dengan lebih baik.

Video

@braderwheelchair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Inilah keadaan sebenar untuk kami yg berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk oku. Yg mane ada kemudahan kebanyakannye tidak mengikut spec yg betul. Korang rasa betul tak?? Kalau betul mintak tolong share ramai ramai biar sampai dekat wakil oku, menteri dan jabatan yg sepatutnye jangan cakap jer pandai. Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk oku. #awareness #fyp #kualalumpur #malaysia #oku #accessible #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair #nobarriers #dbkl #kemudahanoku

♬ Very Sad – Enchan

Similar Posts