Sebab busy sangat Shahrol Shiro salah hantar anak pergi Sekolah lain
Source: TikTok | @shahrolshiro
Hari tu, sebab kerja yang sibuk giler, aku mintak bantuan isteri aku uruskan masuk darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan pasal nak hantar dia masuk sekolah, ada dua sekolah yang kami consider.
So, cerita hari ni, aku hantar la anak aku ke sekolah. Lepas beberapa jam, aku dapat satu panggilan dari sekolah. Mula-mula tu, aku dah risau dah, fikirkan kalau ada apa-apa yang tak kena. Rupanya, aku tersilap hantar anak ke sekolah!
Iqi dah masuk kelas dah pun tapi dia pelik tengok padang sekolah tak macam biasa. Dia pun perasan, “Eh, ni bukan sekolah aku la ni.” Terus dia pergi jumpa cikgu, “Cikgu, saya rasa saya tersalah sekolah ni.” Cikgu pun tengok nametag dia, “Ya betul, anak saya, ni bukan sekolah awak.” Terus cikgu hantar dia ke pejabat.
Kepada ayah-ayah di luar sana, janganlah buat silap macam ni. Maafkanlah ayah ni, dan terima kasih banyak-banyak kat cikgu-cikgu yang tolong. Betul-betul malu masa tu, tapi jadi cerita lawak lepas tu. Yang penting, anak-anak selamat sampai sekolah yang betul!
Video :