| | |

Sebuah Kapal Kargo Besar Telah Melanggar Jambatan Francis Scoot Key Yang Terletak Di Baltimore, Amerika Syarikat.

Source: X | @Brick_Suit

Kemalangan yang melibatkan kapal kargo besar dan runtuhan Jambatan Francis Scoot Key di Baltimore, Amerika Syarikat semalam telah mengejutkan banyak pihak. Lebih malang lagi, insiden ini telah menyebabkan beberapa kereta dan orang yang berada di atas jambatan itu jatuh ke dalam air yang sejuk beku.

Menurut Pengawal Pantai, seramai enam orang telah dikhuatiri meninggal dunia akibat kejadian ini. Inilah sedikit maklumat mengenai tragedi yang menggemparkan kawasan Baltimore tersebut. Kejadian itu berlaku pada hari Selasa, jam 1.30 pagi waktu tempatan, di mana kapal kargo Singapura yang dikenali sebagai DALI telah menabrak salah satu tiang jambatan berusia 47 tahun tersebut.

Pengarah Eksekutif Persatuan Jurupandu Amerika, Clay Diamond, menjelaskan bahawa pemandu kapal telah berusaha sedaya upaya untuk memperlambatkan kelajuan kapal dan menghalangnya daripada terus melanggar jambatan tersebut. Pemandu kapal kemudian memberikan arahan untuk membelokkan kapal ke kiri dan menjatuhkan sauh sebagai tindakan kecemasan. Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura juga mengesahkan bahawa kapal tidak berada di bawah kuasa enjin semasa insiden berlaku.

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan kapal berukuran 984 kaki itu berada di saluran yang salah semasa mendekati jambatan. Akibatnya, kapal itu menabrak tiang jambatan dan menyebabkan runtuhan. Enam orang yang berada di atas jambatan ketika itu dilaporkan hilang dan dikhuatiri telah meninggal dunia. Antaranya termasuk warganegara Mexico dan Guatemala.

Wakil Kedutaan Mexico, Rafael Laveaga, mengesahkan bahawa salah seorang mangsa adalah warga Mexico. Manakala Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Guatemala mengesahkan dua pekerja pembinaan yang terlibat dalam tragedi tersebut. Menurut Laksamana Pengawal Pantai, Shannon Gilreath, suhu air yang sejuk dan masa yang berlalu sejak insiden itu telah menyebabkan operasi penyelamatan diubah kepada operasi mencari mayat.

Pihak berkuasa juga mendapati beberapa kereta terbenam di dasar laut menggunakan teknologi sonar, namun tiada mangsa dilaporkan berada di dalamnya. Manakala, orang-orang yang berada di dalam kapal kargo DALI tidak dilaporkan tercedera.

Berikut adalah rentetan waktu kejadian berlaku:

1.24 A.M Kapal DALI berlayar di Sungai Patapsco.

1.26 A.M Kapal mula mengubah arah menuju ke jambatan.

1.26 – 1.27 A.M Lampu kapal terus berkelip.

1.27 A.M Kapal menabrak jambatan sehingga menyebabkan runtuhan. Pengawal kapal bertindak segera ke tempat kejadian.

1.40 A.M Pusat 911 menerima panggilan mengenai kejadian tersebut.

1.50 A.M Pasukan bomba tiba di tempat kejadian dan melaporkan keruntuhan jambatan.

Semoga mangsa yang terlibat dapat ditemui dengan selamat…

Video :


Similar Posts