“Bismillah, terima kasih Datuk Faroz kerana beri peluang dan beri job yang tidak di sangka-sangka.” – Datuk Red
Source: TikTok | @dato..red
Suami kepada penyanyi popular Adira Suhaimi, Datuk Red, kini menjadi tumpuan ramai selepas diumumkan bahawa beliau menjadi model untuk jenama terkenal Jakel dalam koleksi baju raya mereka.
Melalui perkongsian di TikTok, Datuk Red atau nama penuhnya, Datuk Seri Adnan Abu, menyatakan rasa syukurnya kerana diberi peluang oleh Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, untuk menjadi wajah bagi jenama pakaian tersebut.
Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokongnya dalam mencari rezeki, terutamanya dalam bidang baru ini sebagai model pakaian.
Selain itu, dalam ruangan komen video yang telah meraih lebih sejuta penonton, kebanyakan peminat merasa kagum dengan kemahiran Datuk Red dalam menyesuaikan diri sebagai model. Mereka turut mendoakan agar lebih banyak jenama dan peluang pekerjaan akan terbuka untuk beliau dalam masa akan datang.
Video :