| | |

Aliff Aziz tak nak ceraikan isterinya, Bella Astillah

Source: YouTube | mStar Online Malaysia

Aliff Aziz telah menolak untuk melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah, seperti yang dimaklumkan oleh Aliff sendiri semasa sebutan kedua cerai talak di hadapan hakim syariah, Wan Mohd Najib Wan Hamat, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari Khamis.

Selain itu, hakim syariah juga telah menetapkan untuk melantik wakil dari Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). Bella telah melantik kakak angkatnya, Roslinda, manakala Aliff pula melantik ibunya, Siti Hafiza, untuk menyertai prosiding JKP. Perbicaraan JKP seterusnya telah ditangguhkan kepada 4 Jun. Untuk rekod, Bella telah memfailkan permohonan cerai pada 11 Mac di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada hari Rabu, Bella telah mendedahkan bahawa Aliff sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk berpisah secara baik pada sekitar bulan Februari, yang mana Bella terkejut dengan permintaan tersebut kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.

Video :


Similar Posts